Friday, December 10, 2010

Persepsi C.I.N.T.A


Persepsi CINTA. Terdapat empat situasi cinta yang perlu difahami:


Pertama:     Orang yang cintanya pada Allah GAGAL dan cintanya kepada sesama insan GAGAL
Kedua:       Orang yang cinta kepada Allah tetapi TIDAK berkasih sayang sesama manusia
Ketiga:       Orang yang cinta sesama manusia tetapi TIDAK cinta kepada Allah
Keempat:   Orang yang cinta kepada Allah dan membuahkan rasa kasih yang mendalam terhadap sesama manusia


Orang yang berada pada situasi yang pertama merupakan orang yang hidup berlandaskan NAFSU dan lebih MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI. Kehidupan orang seperti ini kebiasaannya tidak disukai oleh jiran, kawan-kawan, keluarga serta yang berada di sekelilingnya. Nilai hidup bagi orang dalam golongan ini tidak lebih hanya kepuasan diri sendiri biarpun terpaksa berdiri di atas kesusahan orang lain. Hubungan dengan Allah sudah tentu diabaikan sama sekali seolah-olah Allah itu tidak wujud dalam kehidupan. Setiap kejayaan yang dimilikinya dibanggakan dan dirasai ia adalah hasil usaha dirinya sendiri tanpa terikat pada sesiapa termasuk Tuhan.

Golongan kedua adalah orang yang CINTANYA KEPADA ALLAH dirasakan MENGGUNUNG TINGGI tetapi HUBUNGAN SESAMA MANUSIA DIRASAKAN TIDAK PENTING. Golongan seperti ini rasa untuk beribadahnya cukup tinggi, dia merasakan diri sangat dekat dengan Allah di atas amalan yang dilakukan saban hari dan saban waktu. Juga merupakan orang yang hebat menjaga ibadahnya seperti bertahajud, menjaga solat lima waktu, berpuasa serta pelbagai amal ibadah lain. Oleh kerana amalannya yang hebat ini, kadang-kadang rasa untuk mendekati orang lain terlalu menipis. Mungkin kerana amalan yang dilakukan dirasakan terlalu besar sehingga memandang orang di sekelilingnya masih banyak kekurangan, kesalahan dan dosa. Lalu itu menjadikan dia tidak dapat berkasih sayang sesama manusia.

Seterusnya golongan ke tiga pula adalah orang yang CINTA SESAMA MANUSIA CUKUP BAIK dan TERJAGA akan tetapi DENGAN ALLAH TIDAK ADA PERASAAN CINTA. Inilah situasi kebanyakkan orang pada hari ini. Golongan seperti ini banyak membuat kebajikan kepada sesama manusia dan seringkali mendapat jolokan orang ‘baik’ dalam masyarakat. Sebagai contoh, mereka menyumbang kepada anak yatim serta orang susah dengan harta kekayaan yang mereka miliki. Apa sahaja program kebajikan pasti mereka akan turut serta memberi bantuan atas nama kebajikan. Namun tuntutan daripada Allah seringkali diabaikan kerana mungkin mereka menyangka kebajikan yang dilakukan sudah cukup untuk menampung keperluan mereka di akhirat nanti. Ada orang kata, “kakak ni memang baik, peramah, penyayang, suka tolong orang...” jelas nampak kebaikan itu pada mata kasar kita tetapi alangkah sayangnya kakak yang dimaksudkan itu tidak menjaga syariat Allah seperti tidak solat, tidak menutup aurat dan kewajipan lain yang tidak dilaksanakan. Golongan seperti ini walaupun rasa tanggungjawabnya sesama manusia tinggi tetapi dalam urusan hamba dengan Tuhannya tidak pula dirasakan penting. Inilah orang yang ‘beretika’ tapi ‘tidak beragama’.

Golongan yang terakhir pula adalah golongan yang SANGAT DITUNTUT. MENCINTAI ALLAH SEPENUH HATINYA DAN MENCINTAI MAKHLUK KERANA ALLAH. Hatinya dekat kepada Allah, setiap suruhan dilakukan dengan penuh keikhlasan dan penuh rasa kehambaan. Setiap suruhan itu tidak menjadi beban bahkan menjadi sebuah KERINDUAN kerana dilakukan dengan hati yang tenang, bahagia dan mendamaikan. Sentiasa rindu kepada Allah setiap saat dan nadi yang berdenyut. Apabila cinta pada Allah itu kuat maka cinta dan kasih sayang sesama makhluk itu juga kuat. Landasannya ialah ‘hablumminallah, hablumminannas’ yang bermaksud hubungan dengan Allah, hubungan dengan manusia. Bila kita mencintai Allah pasti kita akan mencintai yang lain. Seorang suami akan mencintai isterinya, seorang isteri akan mencintai suami dan anak-anaknya dengan tulus, seorang ayah akan menjaga  keluarganya dengan baik dan amanah, seorang anak akan mencintai keluarganya, seorang sahabat akan betanggungjawab terhadap sahabatnya, seorang guru akan ikhlas mendidik anak-anak muridnya, ,seorang peniaga akan amanah kepada pelanggannya, seorang pemimpin akan jujur dengan rakyatnya,  seorang saudara akan akan menyayangi saudaranya, begitulah seterusnya. Segalanya ini adalah lahir dari sebuah kuasa kasih sayang dan cinta kerana Allah dan kepada Allah.

Maka, marilah kita muhasabah diri kita, dalam golongan manakah kita sebenarnya pada hari ini? Marilah kita merenung sebuah firman Allah;




11 comments:

Mar said...

moga dpt masuk dalam ketegori yg ke4,..amin

alghazali said...

AMIN...insyaALLAH...sama sama berusaha ke arah yang lebih baik...

Nuuurrrr.... said...

Boleh tahan juga olahannya...
mintak detailkan lagi dalam 1 artikel lain selepas ini tentang bagaimana nak jadi golongan ke4 tu...beri garis panduan sket...bukan ape, biase dah kite dgr Cinta Allah, baru Cinta pada yang lain...tp HOW? kalau ade guideline yg lebih mudah n senang diikuti,mungkin lebih ramai boleh berusaha ke arah itu...skrg ini sy nampak, ramai org biase rase susah nak jadi golongan ke4 tu sbb mereka adalah org biase...well, golongan ke4 tu looks like suitable for ustaz2 or org yg berilmu agama... boleh ye alghazali buat entry baru...boleh lebih ramai tahu...

alghazali said...

nurrrr; insyaAllah..
tunggu artikel seterusnya..

penaberkala said...

terima kasih utk perkongsian
nice reminder for all

ibuintan said...

as salam,

mengharapkan cinta yang ke empat..

mudah2an

MuNie said...

terhibur dgn post ini. tQ so much. :) semoga sy juga mampu menjadi golongan yg ke4. amin

princeduyong said...

cinta Allah dan Rasul...paling utama...

fatynadia said...

cinta itu subjektif. susah untuk didefinasikan mengikut logik akal, megikut nafsu. yang penting cinta kepada maha pencipta jangan lah dipudarkan

HafizRahman.com said...

nice entry=)

Epul Azimi said...

cinta pada Allah kekal abadi,cinta pada sesama insan hanya sementara.