Tuesday, December 14, 2010

Bagaimana CINTA pada Allah dan CINTA pada semua?




Menjawab kepada persoalan menarik yang pernah diajukan kepada saya... Kawan saya pernah bertanya:
“Dalam kuliah agama selalu diceritakan tentang amalan baik dan amalan buruk... tapi, kami orang biasa-biasa mana boleh buat apa yang ustaz-ustaz cerita...
Macam-macam amalan, dan hampir mustahil kami dapat  lakukan... dengar cerita syurga dan neraka lagi kami tak layak...”
“ biarkan je lah...serah pada ustaz ustazah jer...”sampuk seorang teman fakulti...
“Haa...lagi...kalau berpakaian sopan, menutup aurat, Nampak islamik...mesti ustaz ustazah atau mereka yang dalam aliran agama...” kata seorang lagi teman.

Saya termenung seketika memikirkan perbualan teman-teman...
tetiba dapat ilham... kalau begitu yang difikirkan oleh orang kebanyakan, maknanya hanya ustaz ustazah je la yang layak masuk syurga...sebab, setiap perkara baik yang dilakukan hanya berlegar dikalangan yang bergelar ustaz ustazah atau yang sealiran dengannya...

Soalan saya?...
Adakah Allah ciptakan syurga untuk ustaz ustazah jer????
mmmm...TAK MUNGKIN...syurga untuk semua..!!!
hatta seorang pelacur yang bertaubat dan cuma memberi minum seekor anjing yang sedang haus mendapat syurga dengan RAHMAT Allah...
maknanya syurga untuk sesiapa sahaja..

saya terus berfikir...kenapa jadi begini...
PERSEPSI....
Yaaaa!!! persepsi...
Bagaimana kita melihat AGAMA...
mungkin selama ini kebanyakan orang memandang agama sesuatu yang berat, menyukarkan pergerakan dan seumpamanya...
persepsi itu perlu di UBAH...

Mari kita lihat, bagaimana membina persepsi yang baik...
lazimnya manusia biasa seperti kita memandang sesuatu melaui empat cara..
kata orang; ‘what you see is what you get’....
Pandangan 1: pandangan mata
Pandangan 2: pandangan akal
Pandangan 3: pandangan nafsu
Pandangan 4: pandangan hati

Contoh seseorang pelajar di luar Negara menilai sesuatu kiriman daripada Malaysia untuk mereka.. mereka mungkin mendapat kiriman kerepek pisang dari kampong... pelajar yang melihat dengan mata Nampak kerepek dan mengetahui itulah sejenis makanan yang terdapat di Malaysia..lalu dia memakannya..hanya itu yang dia dapat dengan pandangan mata...
Pelajar kedua memandang dengan akalnya...mungkin dilihat dari sudut teksturnya...kerepek itu mungkin dilihat rangup atau tidak, cukup rasa atau tidak, betul ke tidak cara gorengnya dan sebagainya...itulah pandangan akal...
Pelajar ketiga memandang dengan nafsu...diambil kerepek tanpa ditanya kepunyaan siapa, terus dimakan dengan lahapnya...dah habis makan baru tanya siapa punya....huhuhuhu...dahsyat...
Pelajar keempat memandang dengan hati...bila tengok kerepek yang dikirimkan untuknya, tiba-tiba air matanya mengalir...kerana apa yang dilihat pada kerepek kiriman itu bukan hanya kerepek...tetapi, disebaliknya kerepek yang diterima itu terasa sebuah ‘kasih sayang’ sebagai tanda ingatan dari ibu di kampung...terasa rindu pada ibu...ibu memberi bukan kerana tak cukup makan,tetapi sebagai tanda rindu pada anaknya....
Dari empat pandangan yang mana satu selalu kita gunakan dalam banyak hal...kata orang, pandangan mata selalu menipu, pandangan nafsu selalu melulu, pandangan akal selau tersasar, dan pandangan hati itu yang hakiki...
Marilah kita melihat ISLAM dengan pandangan HATI kita... dengarlah suara hati mu...itulah kata-kata fitrah dalam dirimu...ISLAM itu mudah,tapi jangan dimudah-mudahkan...

Siapa pun kita, kita layak menjadi golongan yang bercinta dan dicintai Allah...dan cinta itu membuahkan cinta pada semua orang dengan kuasa kasih sayang...
belajar...belajar... dan terus belajar...
kita perlukan ILMU untuk itu...
kerana Allah Maha Mengetahui...

6 comments:

cahaya hidup said...

Alhamdulillah...satu artikel yang bagus dengan contoh yang jelas dan dalam bentuk cerita dan bahasa yang mudah. Barulah kita orang biasa dan kebanyakan ini boleh faham.
Moga perubahan kearah lebih baik selepas ini...ameen...

alghazali said...

betul...siapa pun kita, Allah menganjurkan kita semua berlumba-lumba mengejar kebaikan'.. kebaikan bukan hanya untuk golongan agama sahaja...bahkan untuk semua...jom lumba!!!

Nuuurrrr.... said...

alhamdulillah...
suka saya baca artikel ini...
pendekatan yang ringkas dan mudah difahami bagi orang seperti saya...
menarik 4 contoh yang dibawa itu...
saya semakin faham...
post la artikel lagi...saya sentiasa follow...
sedih bile bukak2, xde update post...
harap saudara alghazali sentiasa menulis...sebarkan walau satu ayat! moga Allah merahmati usahamu...

Nuuurrrr.... said...

alhamdulillah...
suka saya baca artikel ini...
pendekatan yang ringkas dan mudah difahami bagi orang seperti saya...
menarik 4 contoh yang dibawa itu...
saya semakin faham...
post la artikel lagi...saya sentiasa follow...
sedih bile bukak2, xde update post...
harap saudara alghazali sentiasa menulis...sebarkan walau satu ayat! moga Allah merahmati usahamu...

Nuuurrrr.... said...

alhamdulillah...
suka saya baca artikel ini...
pendekatan yang ringkas dan mudah difahami bagi orang seperti saya...
menarik 4 contoh yang dibawa itu...
saya semakin faham...
post la artikel lagi...saya sentiasa follow...
sedih bile bukak2, xde update post...
harap saudara alghazali sentiasa menulis...sebarkan walau satu ayat! moga Allah merahmati usahamu...

Nuuurrrr.... said...

alhamdulillah...
suka saya baca artikel ini...
pendekatan yang ringkas dan mudah difahami bagi orang seperti saya...
menarik 4 contoh yang dibawa itu...
saya semakin faham...
post la artikel lagi...saya sentiasa follow...
sedih bile bukak2, xde update post...
harap saudara alghazali sentiasa menulis...sebarkan walau satu ayat! moga Allah merahmati usahamu...