Friday, December 3, 2010

Jatuh Hati Pada Mu, Jatuh Hati Pada Suami

Assalamualaikum warahmatullah...

Salam ukhuwwah buat semua pembaca dan 'followers' blog JATUH HATI PADAMU. Saya penulis kedua blog ini merangkap zaujah alGhazali. Memandangkan beliau 'outstation' buat beberapa hari, Jadi saya rasa terpanggil untuk menulis sesuatu dan berkongsi kefahaman yang saya dapat kerana saya yakin dan pasti ramai rakan2 yang juga berhadapan dengan perkara yang sama iaitu berkaitan MENCINTAI SUAMI...

"SUAMI"

Bagi wanita yang telah berkahwin terutamanya pasti faham bagaimana dalamnya rasa cinta dan kasih isteri pada suami. Ada yang merasakan suami adalah segala-galanya..ada juga yang rasakan suami itu sebahagian dari diri sendiri dan ada yang teramat sayang pada suami melebihi segalanya dan sanggup buat apa sahaja demi untuk suami..begitulah antaranya yang dirasakan bagi wanita yang bergelar isteri.

Ingin saya berkongsi sesuatu buat rakan-rakan selepas saya mengikuti satu kursus baru-baru ini yang mana dalam kursus tersebut saya diajarkan untuk mengenal Allah, saya mula belajar mencintai dan merindui Allah. Subhanallah! Rupanya benar!!! Memang sangat indah rasanya bila kita dapat mencintai pada Yang Selayaknya DICINTAI!

Tetapi, cinta pada Allah perlu melebihi cinta pada suami!

Maka disini timbullah masalah dalam diri antara cinta kepada suami dan cinta kepada Allah... sedikit sebanyak kasih dan cinta pada Allah yang amat dalam memudarkan cinta terhadap suami dan adakalanya juga kasih dan cinta pada suami buat kita leka dan lalai kepada Allah... Jadi bagaimana?

'Cintailah suamimu kerana Allah...'

Apa maksud mencintai suami kerana Allah? Cuba bayangkan segala pengorbanan dan kasih sayang yang telah suami lakukan... ingat kembali dan bayangkan...hanya fikirkan kebaikan yang telah suami lakukan... kemudian terus bayangkan pula tanggungjawab kepada suami yang telah kita berikan... Pasti kita akan menyedari disebalik sikap tidak puas hati atau rajuk kita, rupanya banyak lagi tanggungjawab pada suami yang tak terlaksana, banyak lagi kasih sayang padanya yang tak dicurahkan...banyak lagi perkara untuknya yang tak tertunai..

Sekiranya kita mencintai suami kerana Allah, bayangkan sebenarnya kita adalah wakil Allah untuk mencintai suami kita...maka pastinya kita sebagai wakil Allah akan lakukan yang terbaik kepada suami kita dan terus menyedari bahawa kita masih lagi belum melakukan yang terbaik!

Justeru itu, setiap detik saya bersamanya, saya pasti akan menghormatinya, melayaninya, mengasihinya dan menyayanginya... dan segala-galanya akan dilakukan dengan sehabis baik! Kerana semua itu termasuk dalam urusan mencari redha Allah...Dengan itu, kedua-duanya bakal kita dapat: Mengasihi suami dan Mengasihi Allah!

Alhamdulillah...moga Allah juga memberi panduan agar saya dapat mencintaiNya sebagai cinta tertinggi dan benar-benar mencintai suami saya keranaNya... AllahuAkbar!

Tulisan ini juga didedikasikan buat suami saya bersempena dengan Ulangtahun Perkahwinan Kami yang kedua...

My Husband, My Friend

You’re my husband but also my friend

An ear you’ll always lend

To hear my complaints which have no end

Because you care to comprehend.

So, today, I have this penned

To let you know my love for you has no end

Care and understanding, you will always extend

To return the same and more is what I intend.

With Allah’s love is the most we want


9 comments:

PuTRi said...

ye la...betul tu
bile kite cinta pada Allah, lagi kuat dapat rasa cinta pada suami...lagi mudah nak buat sesuatu untuk suami... lagi bagus layanan n perhatian pada suami...

subhanallah, indahnya!

lilacfla said...

^_^ suka saya baca ni,

semoga saya mencintai bakal suami nanti kerana Allah. Semoga saya mencintai Allah dan rasulNya lebih dari yang lain.. amin..

CikLilyPutih said...

semoga berkekalan hendaknya

cicitHJHASSANu said...

salam ta'aruf...

info yang baik untuk manfaat bersama..

terima kasih kerna jemputan,sila kembali mungkin anda ttinggal sesuatu.wallahua'lam

cahayahidup said...

Selamat ulang tahun perkahwinan. Moga makin bahagia. Jagalah hubungan dengan suami dan hubungan ikhlas dengan Allah sebagaimana Dia menyinari cahayaNya dalam hidup kita...

chibieteddy said...

nice entri..btol, lah tu pe yg d tulis ni..cinte allah dlu bru cnte kn yg lain..:) jmput singgah tgk blog saye yg lg 1..www.beadsroses.blogspot.com
tq..

Irnie said...

sweet.. :) tahniah atas ulangtahun.. sy baru dibukakan hati utk mencintai yg layak dicintai.. peliknya sy bukan mualaf.. islam dr lahir.. di ajar solat, di hantar mengaji agama.. di ajar cintai allah dan rasul tanpa peduli utk maknai cinta itu.. lalu pernah terlalu mencintai manusia sehingga hati terluka.. dr kekecewaan itu, Dia hadir menawar duka.. sejak itu, cinta sy teguh utk Dia.. hrp sgt agar bila ditakdirkn mencintai hambanya.. sy masih teguh letakkan Dia sbg cinta yg paling utama.. amin.. :)

Nuuurrrr.... said...

Wah! simple but gud to be understand! nak jugak jadi isteri solehah...
actually, live is very simple...kite yg buat die jadi susah, complicated, especially girls...cpt sgt merajuk n terase...kalau ikut tips yg diberi tentu rumah tangga aman damai...
persoalannya, mampukah wanita bertahan?

alghazali said...

mampu....dah tentu mampu bila kita betul2 letak Allah no1...pasti senang!