Tuesday, December 14, 2010

Bagaimana CINTA pada Allah dan CINTA pada semua?




Menjawab kepada persoalan menarik yang pernah diajukan kepada saya... Kawan saya pernah bertanya:
“Dalam kuliah agama selalu diceritakan tentang amalan baik dan amalan buruk... tapi, kami orang biasa-biasa mana boleh buat apa yang ustaz-ustaz cerita...
Macam-macam amalan, dan hampir mustahil kami dapat  lakukan... dengar cerita syurga dan neraka lagi kami tak layak...”
“ biarkan je lah...serah pada ustaz ustazah jer...”sampuk seorang teman fakulti...
“Haa...lagi...kalau berpakaian sopan, menutup aurat, Nampak islamik...mesti ustaz ustazah atau mereka yang dalam aliran agama...” kata seorang lagi teman.

Saya termenung seketika memikirkan perbualan teman-teman...
tetiba dapat ilham... kalau begitu yang difikirkan oleh orang kebanyakan, maknanya hanya ustaz ustazah je la yang layak masuk syurga...sebab, setiap perkara baik yang dilakukan hanya berlegar dikalangan yang bergelar ustaz ustazah atau yang sealiran dengannya...

Soalan saya?...
Adakah Allah ciptakan syurga untuk ustaz ustazah jer????
mmmm...TAK MUNGKIN...syurga untuk semua..!!!
hatta seorang pelacur yang bertaubat dan cuma memberi minum seekor anjing yang sedang haus mendapat syurga dengan RAHMAT Allah...
maknanya syurga untuk sesiapa sahaja..

saya terus berfikir...kenapa jadi begini...
PERSEPSI....
Yaaaa!!! persepsi...
Bagaimana kita melihat AGAMA...
mungkin selama ini kebanyakan orang memandang agama sesuatu yang berat, menyukarkan pergerakan dan seumpamanya...
persepsi itu perlu di UBAH...

Mari kita lihat, bagaimana membina persepsi yang baik...
lazimnya manusia biasa seperti kita memandang sesuatu melaui empat cara..
kata orang; ‘what you see is what you get’....
Pandangan 1: pandangan mata
Pandangan 2: pandangan akal
Pandangan 3: pandangan nafsu
Pandangan 4: pandangan hati

Contoh seseorang pelajar di luar Negara menilai sesuatu kiriman daripada Malaysia untuk mereka.. mereka mungkin mendapat kiriman kerepek pisang dari kampong... pelajar yang melihat dengan mata Nampak kerepek dan mengetahui itulah sejenis makanan yang terdapat di Malaysia..lalu dia memakannya..hanya itu yang dia dapat dengan pandangan mata...
Pelajar kedua memandang dengan akalnya...mungkin dilihat dari sudut teksturnya...kerepek itu mungkin dilihat rangup atau tidak, cukup rasa atau tidak, betul ke tidak cara gorengnya dan sebagainya...itulah pandangan akal...
Pelajar ketiga memandang dengan nafsu...diambil kerepek tanpa ditanya kepunyaan siapa, terus dimakan dengan lahapnya...dah habis makan baru tanya siapa punya....huhuhuhu...dahsyat...
Pelajar keempat memandang dengan hati...bila tengok kerepek yang dikirimkan untuknya, tiba-tiba air matanya mengalir...kerana apa yang dilihat pada kerepek kiriman itu bukan hanya kerepek...tetapi, disebaliknya kerepek yang diterima itu terasa sebuah ‘kasih sayang’ sebagai tanda ingatan dari ibu di kampung...terasa rindu pada ibu...ibu memberi bukan kerana tak cukup makan,tetapi sebagai tanda rindu pada anaknya....
Dari empat pandangan yang mana satu selalu kita gunakan dalam banyak hal...kata orang, pandangan mata selalu menipu, pandangan nafsu selalu melulu, pandangan akal selau tersasar, dan pandangan hati itu yang hakiki...
Marilah kita melihat ISLAM dengan pandangan HATI kita... dengarlah suara hati mu...itulah kata-kata fitrah dalam dirimu...ISLAM itu mudah,tapi jangan dimudah-mudahkan...

Siapa pun kita, kita layak menjadi golongan yang bercinta dan dicintai Allah...dan cinta itu membuahkan cinta pada semua orang dengan kuasa kasih sayang...
belajar...belajar... dan terus belajar...
kita perlukan ILMU untuk itu...
kerana Allah Maha Mengetahui...

Friday, December 10, 2010

Persepsi C.I.N.T.A


Persepsi CINTA. Terdapat empat situasi cinta yang perlu difahami:


Pertama:     Orang yang cintanya pada Allah GAGAL dan cintanya kepada sesama insan GAGAL
Kedua:       Orang yang cinta kepada Allah tetapi TIDAK berkasih sayang sesama manusia
Ketiga:       Orang yang cinta sesama manusia tetapi TIDAK cinta kepada Allah
Keempat:   Orang yang cinta kepada Allah dan membuahkan rasa kasih yang mendalam terhadap sesama manusia


Orang yang berada pada situasi yang pertama merupakan orang yang hidup berlandaskan NAFSU dan lebih MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI. Kehidupan orang seperti ini kebiasaannya tidak disukai oleh jiran, kawan-kawan, keluarga serta yang berada di sekelilingnya. Nilai hidup bagi orang dalam golongan ini tidak lebih hanya kepuasan diri sendiri biarpun terpaksa berdiri di atas kesusahan orang lain. Hubungan dengan Allah sudah tentu diabaikan sama sekali seolah-olah Allah itu tidak wujud dalam kehidupan. Setiap kejayaan yang dimilikinya dibanggakan dan dirasai ia adalah hasil usaha dirinya sendiri tanpa terikat pada sesiapa termasuk Tuhan.

Golongan kedua adalah orang yang CINTANYA KEPADA ALLAH dirasakan MENGGUNUNG TINGGI tetapi HUBUNGAN SESAMA MANUSIA DIRASAKAN TIDAK PENTING. Golongan seperti ini rasa untuk beribadahnya cukup tinggi, dia merasakan diri sangat dekat dengan Allah di atas amalan yang dilakukan saban hari dan saban waktu. Juga merupakan orang yang hebat menjaga ibadahnya seperti bertahajud, menjaga solat lima waktu, berpuasa serta pelbagai amal ibadah lain. Oleh kerana amalannya yang hebat ini, kadang-kadang rasa untuk mendekati orang lain terlalu menipis. Mungkin kerana amalan yang dilakukan dirasakan terlalu besar sehingga memandang orang di sekelilingnya masih banyak kekurangan, kesalahan dan dosa. Lalu itu menjadikan dia tidak dapat berkasih sayang sesama manusia.

Seterusnya golongan ke tiga pula adalah orang yang CINTA SESAMA MANUSIA CUKUP BAIK dan TERJAGA akan tetapi DENGAN ALLAH TIDAK ADA PERASAAN CINTA. Inilah situasi kebanyakkan orang pada hari ini. Golongan seperti ini banyak membuat kebajikan kepada sesama manusia dan seringkali mendapat jolokan orang ‘baik’ dalam masyarakat. Sebagai contoh, mereka menyumbang kepada anak yatim serta orang susah dengan harta kekayaan yang mereka miliki. Apa sahaja program kebajikan pasti mereka akan turut serta memberi bantuan atas nama kebajikan. Namun tuntutan daripada Allah seringkali diabaikan kerana mungkin mereka menyangka kebajikan yang dilakukan sudah cukup untuk menampung keperluan mereka di akhirat nanti. Ada orang kata, “kakak ni memang baik, peramah, penyayang, suka tolong orang...” jelas nampak kebaikan itu pada mata kasar kita tetapi alangkah sayangnya kakak yang dimaksudkan itu tidak menjaga syariat Allah seperti tidak solat, tidak menutup aurat dan kewajipan lain yang tidak dilaksanakan. Golongan seperti ini walaupun rasa tanggungjawabnya sesama manusia tinggi tetapi dalam urusan hamba dengan Tuhannya tidak pula dirasakan penting. Inilah orang yang ‘beretika’ tapi ‘tidak beragama’.

Golongan yang terakhir pula adalah golongan yang SANGAT DITUNTUT. MENCINTAI ALLAH SEPENUH HATINYA DAN MENCINTAI MAKHLUK KERANA ALLAH. Hatinya dekat kepada Allah, setiap suruhan dilakukan dengan penuh keikhlasan dan penuh rasa kehambaan. Setiap suruhan itu tidak menjadi beban bahkan menjadi sebuah KERINDUAN kerana dilakukan dengan hati yang tenang, bahagia dan mendamaikan. Sentiasa rindu kepada Allah setiap saat dan nadi yang berdenyut. Apabila cinta pada Allah itu kuat maka cinta dan kasih sayang sesama makhluk itu juga kuat. Landasannya ialah ‘hablumminallah, hablumminannas’ yang bermaksud hubungan dengan Allah, hubungan dengan manusia. Bila kita mencintai Allah pasti kita akan mencintai yang lain. Seorang suami akan mencintai isterinya, seorang isteri akan mencintai suami dan anak-anaknya dengan tulus, seorang ayah akan menjaga  keluarganya dengan baik dan amanah, seorang anak akan mencintai keluarganya, seorang sahabat akan betanggungjawab terhadap sahabatnya, seorang guru akan ikhlas mendidik anak-anak muridnya, ,seorang peniaga akan amanah kepada pelanggannya, seorang pemimpin akan jujur dengan rakyatnya,  seorang saudara akan akan menyayangi saudaranya, begitulah seterusnya. Segalanya ini adalah lahir dari sebuah kuasa kasih sayang dan cinta kerana Allah dan kepada Allah.

Maka, marilah kita muhasabah diri kita, dalam golongan manakah kita sebenarnya pada hari ini? Marilah kita merenung sebuah firman Allah;




Friday, December 3, 2010

Jatuh Hati Pada Mu, Jatuh Hati Pada Suami

Assalamualaikum warahmatullah...

Salam ukhuwwah buat semua pembaca dan 'followers' blog JATUH HATI PADAMU. Saya penulis kedua blog ini merangkap zaujah alGhazali. Memandangkan beliau 'outstation' buat beberapa hari, Jadi saya rasa terpanggil untuk menulis sesuatu dan berkongsi kefahaman yang saya dapat kerana saya yakin dan pasti ramai rakan2 yang juga berhadapan dengan perkara yang sama iaitu berkaitan MENCINTAI SUAMI...

"SUAMI"

Bagi wanita yang telah berkahwin terutamanya pasti faham bagaimana dalamnya rasa cinta dan kasih isteri pada suami. Ada yang merasakan suami adalah segala-galanya..ada juga yang rasakan suami itu sebahagian dari diri sendiri dan ada yang teramat sayang pada suami melebihi segalanya dan sanggup buat apa sahaja demi untuk suami..begitulah antaranya yang dirasakan bagi wanita yang bergelar isteri.

Ingin saya berkongsi sesuatu buat rakan-rakan selepas saya mengikuti satu kursus baru-baru ini yang mana dalam kursus tersebut saya diajarkan untuk mengenal Allah, saya mula belajar mencintai dan merindui Allah. Subhanallah! Rupanya benar!!! Memang sangat indah rasanya bila kita dapat mencintai pada Yang Selayaknya DICINTAI!

Tetapi, cinta pada Allah perlu melebihi cinta pada suami!

Maka disini timbullah masalah dalam diri antara cinta kepada suami dan cinta kepada Allah... sedikit sebanyak kasih dan cinta pada Allah yang amat dalam memudarkan cinta terhadap suami dan adakalanya juga kasih dan cinta pada suami buat kita leka dan lalai kepada Allah... Jadi bagaimana?

'Cintailah suamimu kerana Allah...'

Apa maksud mencintai suami kerana Allah? Cuba bayangkan segala pengorbanan dan kasih sayang yang telah suami lakukan... ingat kembali dan bayangkan...hanya fikirkan kebaikan yang telah suami lakukan... kemudian terus bayangkan pula tanggungjawab kepada suami yang telah kita berikan... Pasti kita akan menyedari disebalik sikap tidak puas hati atau rajuk kita, rupanya banyak lagi tanggungjawab pada suami yang tak terlaksana, banyak lagi kasih sayang padanya yang tak dicurahkan...banyak lagi perkara untuknya yang tak tertunai..

Sekiranya kita mencintai suami kerana Allah, bayangkan sebenarnya kita adalah wakil Allah untuk mencintai suami kita...maka pastinya kita sebagai wakil Allah akan lakukan yang terbaik kepada suami kita dan terus menyedari bahawa kita masih lagi belum melakukan yang terbaik!

Justeru itu, setiap detik saya bersamanya, saya pasti akan menghormatinya, melayaninya, mengasihinya dan menyayanginya... dan segala-galanya akan dilakukan dengan sehabis baik! Kerana semua itu termasuk dalam urusan mencari redha Allah...Dengan itu, kedua-duanya bakal kita dapat: Mengasihi suami dan Mengasihi Allah!

Alhamdulillah...moga Allah juga memberi panduan agar saya dapat mencintaiNya sebagai cinta tertinggi dan benar-benar mencintai suami saya keranaNya... AllahuAkbar!

Tulisan ini juga didedikasikan buat suami saya bersempena dengan Ulangtahun Perkahwinan Kami yang kedua...

My Husband, My Friend

You’re my husband but also my friend

An ear you’ll always lend

To hear my complaints which have no end

Because you care to comprehend.

So, today, I have this penned

To let you know my love for you has no end

Care and understanding, you will always extend

To return the same and more is what I intend.

With Allah’s love is the most we want


Thursday, December 2, 2010

JATUH HATI PADAMU 1

Jatuh hati? Suatu perasaan yang abstrak untuk digambarkan..Setiap yang bercinta pernah merasakannya... Titik mula sebuah percintaan... Ketika jatuh ke hati, Bahagia berbunga-bunga, Sentiasa terbayang dimata, Terngiang-ngiang ditelinga, Bergelora dijiwa. Oh, indahnya rasa itu apabila JATUH HATI PADAMU...

Ketika kita berdiri, pasti kita ingat pada si dia...ketika kita duduk, pasti kita luangkan waktu bersama si dia...mungkin telefon,..mungkin facebook atau dengan cara yang lain...ketika kita terbaring lena, pasti kita mimpi si dia...aduh!! kenapa jadi begini??

Pernahkah kita jatuh hati pada seseorang? Apa perasaan kita pada waktu itu??? Pasti, dup! dap! dup! dap!...jantung kita berdegup kencang..kita dapat rasakan seolah-olah kita dah hidup bersama...seolah-olah si dia betul-betul wujud di sisi kita..betul kan?...

Nah! Kenapa terjadi begitu? Tak ingin saya bahaskan ‘rasa’ itu lebih mendalam kerana setiap yang melaluinya pasti merasakan itu...kata orang tua-tua “mandi tak basah, tidur tak lena”...hanya kerana rasa itu...

Bila kita JATUH HATI perlu kita sedar satu perkara iaitu “dalam hubungan menuntut kemahuan”... bila seseorang berkasih sayang,pasti si kekasih ada banyak permintaan...pada ketika itu,apa sahaja yang dipinta sang kekasih seboleh-bolehnya mahu ditunaikan...ketika telah JATUH HATI, bagaimana layanan kita pada PERMINTAAN si kekasih...sudah tentu kita tunaikan dengan hati yang bahagia, hati yang senang dan tenang...walaupun berat permintaan itu, pasti menjadi ringan...kerana kita tidak memikirkan itu suatu beban pada kita...yang ada hanya sifat untuk MEMBERI yang terbaik...betul kan? Bayangkan ketika kita berjaya menunaikan kehendak kekasih hati kita...apa perasaan kita???wajah senyum berseri...terasa tenang sekali...wahhhhhhhh!!!!lega...seronoknya...

Sekarang mari kita aplikasikan rasa ini..Allah SWT berfirman yang bermaksud: Ali-Imran:3:190-191
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal; (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka.

Ketika turunnya ayat  ini, Rasulullah menangis bermunajat kepada Allah dari malam sampai pagi(subuh)..betapa besarnya pengajaran dari ayat Allah SWT ini yang mengajak kita membuka pintu hati melihat,meneliti dan mengkaji kebesaran Allah yang ada di langit dan di bumi, perubahan malam siang yang silih berganti terdapat tanda keagungan Allah bagiorang yang mempunyai MATA HATI...
Siapakah yang mempunyai MATA HATI?.. mereka ialah orang berdiri ingat Allah, duduk pun ingat Allah, hatta berbaring sekalipun tetap ingat Allah...bukankah orang yang JATUH HATI yang memiliki perasaan ini??..

Nah! Kalau JATUH HATI pada kekasih, apa jadi pada kita?? tengok rumahnya bahagia, tengok keretanya bahagia, tengok surat pemberiannya lagi bahagia...pendek kata, berdiri terfikirkan si dia,duduk ingat si dia, berbaring pun mengelamunkan si dia...apa keadaan mesti ingat dia...MasyaAllah...angau la katakan...betul kan??
Bagaimana kita dengan Allah??

Kita aplikasikan rasa itu...JATUH HATI PADA MU...ketika kita melihat kejadian alam ini..hati tetiba rindu pada yang Mencipta..lihat pokok yang menghijau,lihat laut yang membiru, lihat air sungai yang mengalir...tetiba hati bergetar, rasa rindu, rasa tenang dan hening...maka pada ketika itu, outomatik terpacul dari mulut kita bait-bait indah...SUBHANAKA (Maha Suci Engkau)..seolah-olah Sang Kekasih berada di hadapan kita...dari mata yang melihat, JATUH ke HATI...lalu membuahkan rasa yang indah yang tak mampu terungkapkan...Bayangkan...ketika kita SOLAT...’rasa’ itu yang diilhamkan pada hati kita...maka kita akan rasa sangat tenang, bahkan mengalir air mata dalam kesedaran yang tinggi....maka disaat hati kita sudah jatuh padaNya...rinduuuuu sentiasa datang kepadaNya...Allaaaaaahuakbar...






Wednesday, December 1, 2010

KITA BERTANYA ALLAH MENJAWAB

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
ALLAH MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
ALLAH MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
ALLAH MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
ALLAH MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45


KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
ALLAH MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka…

- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
ALLAH MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129