Thursday, December 2, 2010

JATUH HATI PADAMU 1

Jatuh hati? Suatu perasaan yang abstrak untuk digambarkan..Setiap yang bercinta pernah merasakannya... Titik mula sebuah percintaan... Ketika jatuh ke hati, Bahagia berbunga-bunga, Sentiasa terbayang dimata, Terngiang-ngiang ditelinga, Bergelora dijiwa. Oh, indahnya rasa itu apabila JATUH HATI PADAMU...

Ketika kita berdiri, pasti kita ingat pada si dia...ketika kita duduk, pasti kita luangkan waktu bersama si dia...mungkin telefon,..mungkin facebook atau dengan cara yang lain...ketika kita terbaring lena, pasti kita mimpi si dia...aduh!! kenapa jadi begini??

Pernahkah kita jatuh hati pada seseorang? Apa perasaan kita pada waktu itu??? Pasti, dup! dap! dup! dap!...jantung kita berdegup kencang..kita dapat rasakan seolah-olah kita dah hidup bersama...seolah-olah si dia betul-betul wujud di sisi kita..betul kan?...

Nah! Kenapa terjadi begitu? Tak ingin saya bahaskan ‘rasa’ itu lebih mendalam kerana setiap yang melaluinya pasti merasakan itu...kata orang tua-tua “mandi tak basah, tidur tak lena”...hanya kerana rasa itu...

Bila kita JATUH HATI perlu kita sedar satu perkara iaitu “dalam hubungan menuntut kemahuan”... bila seseorang berkasih sayang,pasti si kekasih ada banyak permintaan...pada ketika itu,apa sahaja yang dipinta sang kekasih seboleh-bolehnya mahu ditunaikan...ketika telah JATUH HATI, bagaimana layanan kita pada PERMINTAAN si kekasih...sudah tentu kita tunaikan dengan hati yang bahagia, hati yang senang dan tenang...walaupun berat permintaan itu, pasti menjadi ringan...kerana kita tidak memikirkan itu suatu beban pada kita...yang ada hanya sifat untuk MEMBERI yang terbaik...betul kan? Bayangkan ketika kita berjaya menunaikan kehendak kekasih hati kita...apa perasaan kita???wajah senyum berseri...terasa tenang sekali...wahhhhhhhh!!!!lega...seronoknya...

Sekarang mari kita aplikasikan rasa ini..Allah SWT berfirman yang bermaksud: Ali-Imran:3:190-191
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal; (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka.

Ketika turunnya ayat  ini, Rasulullah menangis bermunajat kepada Allah dari malam sampai pagi(subuh)..betapa besarnya pengajaran dari ayat Allah SWT ini yang mengajak kita membuka pintu hati melihat,meneliti dan mengkaji kebesaran Allah yang ada di langit dan di bumi, perubahan malam siang yang silih berganti terdapat tanda keagungan Allah bagiorang yang mempunyai MATA HATI...
Siapakah yang mempunyai MATA HATI?.. mereka ialah orang berdiri ingat Allah, duduk pun ingat Allah, hatta berbaring sekalipun tetap ingat Allah...bukankah orang yang JATUH HATI yang memiliki perasaan ini??..

Nah! Kalau JATUH HATI pada kekasih, apa jadi pada kita?? tengok rumahnya bahagia, tengok keretanya bahagia, tengok surat pemberiannya lagi bahagia...pendek kata, berdiri terfikirkan si dia,duduk ingat si dia, berbaring pun mengelamunkan si dia...apa keadaan mesti ingat dia...MasyaAllah...angau la katakan...betul kan??
Bagaimana kita dengan Allah??

Kita aplikasikan rasa itu...JATUH HATI PADA MU...ketika kita melihat kejadian alam ini..hati tetiba rindu pada yang Mencipta..lihat pokok yang menghijau,lihat laut yang membiru, lihat air sungai yang mengalir...tetiba hati bergetar, rasa rindu, rasa tenang dan hening...maka pada ketika itu, outomatik terpacul dari mulut kita bait-bait indah...SUBHANAKA (Maha Suci Engkau)..seolah-olah Sang Kekasih berada di hadapan kita...dari mata yang melihat, JATUH ke HATI...lalu membuahkan rasa yang indah yang tak mampu terungkapkan...Bayangkan...ketika kita SOLAT...’rasa’ itu yang diilhamkan pada hati kita...maka kita akan rasa sangat tenang, bahkan mengalir air mata dalam kesedaran yang tinggi....maka disaat hati kita sudah jatuh padaNya...rinduuuuu sentiasa datang kepadaNya...Allaaaaaahuakbar...






16 comments:

Hamba Allah said...

Subhanallah! Betapa 'rasa' itu sepatutnya disalurkan sepenuhnya kepada Allah...betapa kita selama ini terlalu leka dan asyik dengan 'fantasi dunia' hinggakan lupa JATUH HATI kepada yang MAHA PENCIPTA...
Ya Rabb...Ampunkan kami...

cahayahidup said...

Subhanallah...moga hidupku terus bercahaya dengan rasa jatuh hati itu... Alhamdulillah.

asrar said...

semoga aku akan terus jatuh hati (T T)

HASRUL NIZAM said...

Tuhan cinta agung~~

fatin syazwani said...

cinta kpd-NYA mmg diri ini terse tenang berbanding cinta kpd manusia..

alghazali said...

Alhamdulillah...terima kasih atas komentar...
semoga kita semua terus jatuh hati kepada sang Pencipta...
saya akan terus menulis..
'sebarkan walau sepotong ayat'
terima kasih atas sokongan...

Boloque said...

menarik apa yg diperkatakan..nice one

LAWAK: (Video) Zizan & Johan Cakap English Di Shout! Awards 2010

MENARIK: RM20 Seminggu Dari Nuffnang..Terima Kasih Nuffnang

alinac lover said...

cinta pada Allah yang utama kan~

anep said...

menulis hanya kerana Allah..
syukran. salam saudara. hebat tulisan ne. Cinta pada Allah cinta yang hakiki dan abadi.

NAJ HEBAT said...

subhanaka.

memang betul.
logik kalau kita adapt rasa cinta ni. kat Tuhan lebih utama kan?

fatynlicious said...

subhanallah..
besarnya keagungan Allah. semoga kita tak leka dengan keindahan sementara dan terlupa pada pencipta

Pencacai Alim said...

alhamdulillah..

anyway dh follow :)

iRfan Johan said...

kalau dah jatuh hati..semua jd cntik dan yg baik2 je. tetapi tiada yg lebih indah melainkan cinta Allah yg abadi~!

Siti said...

taknak dah jatuh cinta sebelum masanya..serik..

Terkini :
Lagu jiwang vs Lagu baru
Jom join contest kesayanganku!

sayaDeyla said...

Cinta pada Allah adalah cinta yang paling agung.


Cinta pada Allah adalah permulaan untuk semua cinta :)

wan salmah said...

Bagusnya tulisan ini, subhanallah..

semoga kita dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan kita tanda pengabdian kita pada-Nya..